PerkOngSiaN pERtAMA.....
Sesuatu Di Antara Waktu
Kegelisahan, kedukaan dan air mata
adalah bahagian dari sketsa kehidupan.
Titisan air mata yang bermuara
dari hati dan
berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang
memilukan hingga
mencipta keresahan dan kebimbangan.
Kedukaan kerana kerinduan yang teramat
sangat dalamnya
menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang
dada.
Jiwa yang rapuh pun mengadu berkeluh kesah pada alam.
Bertanya di mana kebahagiaan jiwa. Lalu hati menciptakan serpihan
kegelisahan, bagaikan anak kecil yang kehilangan ibunya.
Keinginan mencapai
kebahagiaan, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba?
Semua itu hadir tanpa
disedari sebelumnya.
Hingga tanpa sedar telah menjadi bahagian hidup dan
kehidupan yang tidak dapat dipisahkan lagi.
……00……

No comments:
Post a Comment